06 June 2011

6 JUN

6 JUN, tarikh ibu saya lahir dari perut nenek saya. hee.

SELAMAT HARI JADI IBU :)

maaf ye ibu, kakak tak dapat nak wish kat ibu semalam sebab anak kesayangan ibu ni kan tengah demam. suara pon tak keluar, jadi tak dapat nak wish kat ibu. sorry. hadiah pon tak ada kan. tak pe, nanti tahun depan kakak orang pertama yang wish kat ibu plus bagi ibu hadiah sekali. tapi sebelum tu ibu kenalah belikan kakak NIKON dulu. hehe, gurau.

ibu, kakak sayang ibu sangat. terima kasih banyak-banyak sebab jaga kakak sepanjang kakak demam masa tu. buat air untuk kakak, masak sedap-sedap, belikan apa yang kakak nak makan, picitkan kepala kakak, ingatkan kakak untuk makan ubat, bagi kakak tidur sebelah ibu. oh, seronoknya!

sorry sebab kakak banyak cakap kasar dengan ibu. biasalah, budak-budak :) sorry sebab tak selalu dengar cakap ibu, sorry sebab banyka sakitkan hati ibu, sorry for everything. tapi percayalah, sejahat mana pon kakak, kakak tetap sayang ibu. cuma ibu. ibulah insan yang kakak paling sayang. and again, I LOVE YOU BIG BIG BIG BIG MUCH!

MISS

ASSALAMUALAIKUM



* ni padahnya kalau hampir sebulan tak online. bukan bak berlagak. korang punya dah tentu lagi lebih daripada ini kan.




aku rindu. rindu kawan-kawan aku, rindu sekolah, rindu cikgu. #konon je. tapi yang rindu kawan-kawan tu, honestly memang aku rindu mereka. lama kan kita tak jumpa even baru haritu jumpa masa pergi lawatan. aww, miss you big much!

baru baik demam setelah 4 hari berturut-turut demam + sakit tekak + batuk + selsema. demam paling teruk seumur hidup aku. bila makan ubat, baik. lepas tu demam balik, baik balik. demam balik, baik balik. demam balik, baik balik. eh, macam na kena sepak aje demam ni. main-main kan saya pulak ye. nanti kau. hee. syukur alhamdulillah, suda baik demam. mungkin demam disebabkan terlalu happy pergi rombongan sampai tak ingat dunia. yela, mana taknya. jerit sana sini macam ibu hilang anak. hihi.

sejuk, tu yang aku rasa sepanjang aku demam. hanya selubung dalam selimut tanpa melakukan apa-apa aktiviti sihat selain buang air liur basi. hee. sepanjang demam tak ada selera lansung na makan, sakit tekak la katakan. tapi best jugak demam, ada ibu saya yang menjaga saya dengan baik sekali. oh, i'm touched you! thanks ibu. you are the superb mother in this world and i love you.

sejuk, tu yang aku dan kawan-kawan aku yang lain rasa masa masuk dalam snow walk kat icity. hee. first time pegi sana, jakun la sikit. al maklumlah, kat tempat aku ni mana la ada tempat cam tu. kalau ada confirm aku pergi ulang-alik selalu. hehe. oh ya, saya suda beli cermin mata nerd. hohoi, suka habis!

14 May 2011

berzaman blog aku tak disentuh .

ASSALAMUALAIKUM


salam sejahtera , sudah lama ya aku tak update blog . sorry kepada mereka yang singgah di blog aku dan aku tak sempat nak visit blog diaorg balik . saya terlalu busy la . mengalahkan Datuk Bentara . hehe . tak sihat , batuk2 . tolong doakan kesihata saya ya :)

semalam ada karnival sains dan teknologi , masuk acara solar boat . kalah la weh . sila ikut bersedih dan bermuram durja seperti kami . kalah dengan cara yang tak adil kot bagi aku . kalau nak tahu , baca lah blog farhah . dia ada cerita macam2 . #cheh , ckp mcm korang tahu je blog farhah . HHA . ada something yang buat aku nak ketawa pasal semalam . hehe , farhah la ni . tapi tak apa farhah , lain kali sabotaj je terus . bbasyahh !

oke lah , aku malas da nak cerita lebih2 . lain kali kalau aku ada masa , aku update la . tapi sekarang ni aku busy la , dengan exam mid year lagi . aduhai , tensionnnnn . bubye , semoga merindui saya . #wekk !