25 March 2011

nothing to display .

ASSSALAMUALAIKUM 


wuhhu , lama gilo gilo aku tak blogging . malas plus tak tahu la nak cerita pasal ape . otak aku da kering kontang dengan idea . oke , let me tell you all something . HOHO . semalam and semalam aku demam . senang cerita masa hari khamis dan jumaat la . demam yang aku rasa agak teruk berbanding demam yang sebelumnya aku pernah kena . demam yang membuatkan aku rasa sejuk sampai selubung dalam selimut , membuatkan kuku jari tangan aku pucat .  dan demam sampai perut aku memulas-mulas macam kena tikam . sakit kan ?

yang pasal perut memulas-mulas tu , keracunan makanan . mak aku pon kena . HHA . yang demam tu aku sorang aje yang kena . hisy , nape la mak aku tak kena sekali , kan adil . wah , jahatnya saya . HIHI . maaf ibu :)
malam tu dah makan panadol , tapi esoknya hari jumaat aku still nak pergi sekolah daripada duduk rumah , baring aje nanti , tak buat pape . pasti membosankan bukan ? HHA . dah pergi sekolah , kesian kawan baik aku dua orang tu , miza dan farhah kena jaga aku . terharu beb . hehe , aww . suka gila . sayang korang ketat-ketat la .

kepala aku pening gila time tu . rasa nak hantuk kepala tu kat dinding aje . senang . tapi oleh kerana aku masih waras , aku tak buat lah semua tu . hee . miza dan farhah dengan baik hatinya memimpin tangan aku sebab diaorang kata , takut aku jatuh pengsan karang . hehe . thanks again korang . muka aku masa tu mmg tak payah cakap la , toya semacam . senyum tak , bercakap pon tak . rasa berat sgt bila nak senyum . HOHO .

hampir semua orang perasan yang aku demam hanya melihat pada muka aku aje . toya sangat ke muka aku time tu ? hehe . sekali lagi miza dan farhah ambil berat gila-gila pasal aku . al-maklumlah , aku tengah demam time tu .

walaupun aku tak ada boyfriend , tapi aku tetap ada kawan yang ambil berat pasal aku .
walaupun aku tak ade boyfriend , tapi aku ada kawan yang jaga aku macam tuan puteri bila aku demam .
walaupun aku tak ada boyfriend , tapi aku ada kawan yang pimpin tangan aku time nak melintas jalan .
walaupun aku tak ada boyfriend , tapi aku ada kawan yang pegang tangan aku kuat2 bila kami berada di tengah2 orang yang ramai .
walaupun aku tak ada boyfriend , tapi aku ada kawan yang buat aku tersenyum dan ketawa hari-hari di sekolah .
walaupun aku tak ada boyfriend , tapi aku ada kawan yang boleh teman aku pergi shopping dan hang out sama-sama .
walaupun aku tak ada boyfriend , tapi aku ada kawan baik yang boleh buat aku BAHAGIA .

                                  
                            

No comments:

Post a Comment